Jangka Hayat Kucing
1. Kebanyakkan kucing = 11 hingga 12 tahun.
2. Kucing dipelihara dalam rumah = 16 tahun dan 20 tahun.
3. Manakala kucing yang terbiar = 4 hingga 8 tahun sahaja.
* ini kerana kucing yang terbiar mati akibat dari tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan kurangnya mendapat nutrisi yang sepatutnya
1 tahun kucing = 6 tahun manusia
maka 10 tahun kucing = 60 tahun manusia
Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
*Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
10 Fakta Kucing
1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
2. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
3. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan trim misai kucing. Kesian kucing tu :')
4. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata
5. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
6. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw
7. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
8.Kucing ada 32 otot di setiap telinga
9. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
10. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.
5 Jenis Kucing Termahal Dunia
1. Kucing Persian
2. Kucing Siam
3. Kucing The Maine Coon
5. Kucing Ragdoll
*asal aku beria2 update pasal kucing ni huhuhuhu.. entry paling panjang sekali pulak tu..huuhuh..padahal aku mmg allergik dgn kucing ni..
moral of the story : disebabkan kucing ni haiwan kesayangan nabi..aku akan cuba berbaik2 dgn kucing :')
No comments:
Post a Comment