Friday, 29 June 2012

peach color


zaman aku student dlu uniform warna peach...


ni masa kelas akupuntur.. abis semua orang kena cucuk sana,cucuk sini..



ni masa otw nak g kolej..



ni dalam lab mikrob n lab chem



ni la gmbar aku yg paling hodoh,aku xtaw ape motif aku bergambar mcm ni



bergambar kat hostel



bergambar dalam kelas


aktiviti masa lapang



hmmm...sesi berangan



sesi bergambar



* masa student dulu aku pakai uniform kaler peach ni selama 3tahun.. sampai dah mual muntah dah.. dulu xsabar2 nak buang uniform peach ni..tp kenapa tetiba aku rasa kaler ni mcm cantik la pulak.. moral of the story, hargai la apa yg kita ada..huhuhu

Thursday, 28 June 2012

Kucing

Jangka Hayat Kucing

 1.   Kebanyakkan kucing                 = 11 hingga 12 tahun.

 2.   Kucing dipelihara dalam rumah = 16 tahun dan 20 tahun.

 3.   Manakala kucing yang terbiar  = 4 hingga 8 tahun sahaja.

* ini kerana kucing yang terbiar mati akibat dari tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan kurangnya mendapat nutrisi yang sepatutnya

           1 tahun kucing = 6 tahun manusia

maka 10 tahun kucing = 60 tahun manusia 


Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

*Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

 

10 Fakta Kucing

1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

2. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

3. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan trim misai kucing. Kesian kucing tu :')

4. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata

5. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza

6. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw

7. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki

8.Kucing ada 32 otot di setiap telinga

9. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

10. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.


5  Jenis Kucing Termahal Dunia

1. Kucing Persian


2. Kucing Siam  

 

 

 

 



 





3. Kucing The Maine Coon

 

 

 

 

 








4. Kucing Abyssinian

 

 

 

 

 






5. Kucing Ragdoll

 

 

 

 

 





 

*asal aku beria2 update pasal kucing ni huhuhuhu.. entry paling panjang sekali pulak tu..huuhuh..padahal aku mmg allergik dgn kucing ni..
moral of the story : disebabkan kucing ni haiwan kesayangan nabi..aku akan cuba berbaik2 dgn kucing :')

 

Wednesday, 27 June 2012

wordless wednesday

wordless wednesday

"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explainit on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description."

* gambar bajet..hahhahahaha

Sunday, 24 June 2012

Santau????

Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi "Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun". Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari

*sesuai untuk aku amalkan sbb hari2 makan kat luar untuk elak santau kedai makan :')

 


POKOK

pokok kelapa gading

 

pokok ciku

 

pokok buluh kuning



menurut Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Haron Din, lombong merupakan salah satu tempat tinggal jin, selain dari pokok kelapa gading, pokok ciku, pokok buluh kuning, dalam lubang, pokok2 besar, rumah tinggal dan lain2

*nasib baik ayah dah tebang pokok ciku kat depan umah gara2 nak buat parking untuk keta aku :'D

Friday, 22 June 2012

Pokok Yahudi pokok Gharqad

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.
Pokok Gharqad

Orang- orang Yahudi sekarang  ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.  menunjukkan  bahawa -orang-orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi SAW,  tetapi disebabkan  keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

*Marilah kita bersama-sama memikirkannya dan mempersiapkan diri kita dan keluarga untuk menghadapi saat yang telah dijanjikan

Thursday, 21 June 2012

Sani Char Koay Teow

lokasi kat Taman Tasik Titiwangsa KL.. Sani Char Koay Teow ni kira seangkatan la dgn Bus Sani Express tuh..

Char Koay Teow biasa RM4, Besar RM5, Special RM6

Char Koay Teow biasa RM4


satey daging 5cucuk, ayam 5cucuk RM6


pemandangan dari Tasik Titiwangsa

 * char koaw teow nii sedap..pemandagn pon cantikkk..


Titian Sirat

sempena hari jumaat ini.. nak updated la sesuatu yang berilmiah..

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
 

*bayang rambut yang dibelah tujuh..membelah badan kita sendiri..
dimanakah kita?? peringatan untuk diri sendiri...

Simbol Illuminati Pada Ringgit Malaysia

jom kita check duit ringgit

perhatikan lambang kijang ini.. adakah betul lambang kijang??ciri fizikal kijang berekor pendek, yang anehnya simbol hiwan diatas b'ekor panjang..Sebenarnya haiwan diatas ialah haiwan seekor anjing..!!!


pastu ada simbol matahari dan bulan..bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu yang menganut agama menyembah alam. Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re ( tuhan matahari bermata satu)


simbol anjing pula kelihatan seperti PharoahDog yang merupakan lambang pada mesir kuno yang juga melambangkan Dewa Anubis.Lambang ini salah satu simbol identiti bagi Freemason.


Adakah ini semua kebetulan atau sesuatu yang telah ditetapkan???

Wednesday, 20 June 2012

tayar

Adakah anda tahu apa maksud tulisan pada tayar korang ?

Maklumat penting pada dinding tayar yang perlu diketahui


Indeks Kelajuan
Q – 100 mph 160kph R – 106 mph 170kph
S – 112 mph 180kph
T – 118 mph 190kph U – 124 mph 200kph
H – 130 mph 210kph
V – 149 mph 240kph
W – 168 mph 270kph
Z – more than 168 mph 270kph

Petua keselamatan & penjagaan tayar ?
1- Pastikan tayar yang dibeli mempunyai logo ECE atau DOT atau MS
2- Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali..periksa tayar setiap kali sebelum memulakan perjalanan
3- Lakukan aligment dan balencing tayar setiap 10,000km perjalanan,jika tidak bermasalah sekali pun..
4- lakukan aligment dan balencing segera jika bermasalah iatu jika stereng berasa gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah ajer
5- Hindari daripada beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda aras amaran botak (TWI)
6- Elak beli tayar toreh / korek
7- Jangan mengangkut lebih muatan dari kemampuan tayar..


Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?
Sentiasa pastikan angin tayar betul. ” Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik,presure tester menunjukkan sampai aras “3″ tekanan angin tayar dikira mencukupi.Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..

myvi aku : 195/50 R 15 82 V

Tuesday, 19 June 2012

Pasembor Kodiang

dari kecik lagi aku dgr cerita ttg kesedapan pasembor kat kodiang ni..mmg famous la pasembor dia.. kedai dia dekat dgn balai polis Kodiang. so dari kecik lagi bapak aku slalu bawak kami sekeluarga makan kt sana..suka betul diorang makan pasembor ni..tp aku tak taw la tang mana yang sedap..huhuhu.. harga dalam rm3.00 

Pasembor Kodiang

kambing

tetiba terasa nak bercerita pasal kambing.. sbb rindu kambing kat kampung.. kambing ni manjee sgt.. kalau pergi kat dia je..dia msti nak dtg dekat2 kite.. tp xla se"annoying" kucing..kambing ni dari kecik lagi dah bela..pastu bulu dia gebuu je..seronok pelok...

hi.. my name is Seri

Monday, 18 June 2012

Melancong : Terengganu

dulu masa aku practikal kt Hospital Sultanah Bahiyah kat Alor Star, Kedah.. diorang ada la wat lawatan ke kilang farmasi Ain Medicare kat Kelantan.. ..Ain Medicare tu kilang yang membuat drip normal saline, sodium chloride.. ala untuk patient yang terbaring kat katil hospital selalu pakai tu untuk bagi tenaga, ala yang gantung2 tu.. aku pon xtaw nak explain yang penting lepas habis lawatan, aku nak g jalan2 jek..



Masjid Kristal


Muzium Terengganu

dan banyak lagi tempat la kitorang g macam Pasar Payang, Pantai Cahaya Bulan n masa balik tu diorang singgah beli kopok losong.. sedappp..

Ayam Penyet KLCC

lepas aku balik dari hiking gunung stong kat kelantan.. ptg tu sampai umah terus siap nak g KLCC.. saje je nak jalan.. time nak makan tu, ada la member2 yang mmg asal KL ckp ayam penyet situ sedap.. harga dia dlm rm5.50 rasanye..boleh tahan la memandangkan time tu hujung bulan..hukhukhuk.. tp Ayam Penyet ni serius sedap..

NASI AYAM PENYET

ikea meatball

masa aku baru masuk kerja dlu, aku selalu dgr crta ttg kesedapan meatball kat ikea ni.. aku baca blog pon diorang mkn meatball kat ikea, kt FB pon org post gambar meatball kat ikea, akak umah sewa aku pon ckp meatball kat ikea sedap..so suatu hari tu aku g la try makan kt sana..hmm boleh tahan la..habis la makan..orang yg makan kat sana tu pon ramai =')

meatball 15biji

Sunday, 17 June 2012

hi im new here..

ok..dah berjaya create blog..

ok kenapa pelangi??

sbb pelangi ni colorful n cantik....