Thursday, 21 June 2012

Titian Sirat

sempena hari jumaat ini.. nak updated la sesuatu yang berilmiah..

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
 

*bayang rambut yang dibelah tujuh..membelah badan kita sendiri..
dimanakah kita?? peringatan untuk diri sendiri...

Simbol Illuminati Pada Ringgit Malaysia

jom kita check duit ringgit

perhatikan lambang kijang ini.. adakah betul lambang kijang??ciri fizikal kijang berekor pendek, yang anehnya simbol hiwan diatas b'ekor panjang..Sebenarnya haiwan diatas ialah haiwan seekor anjing..!!!


pastu ada simbol matahari dan bulan..bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu yang menganut agama menyembah alam. Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re ( tuhan matahari bermata satu)


simbol anjing pula kelihatan seperti PharoahDog yang merupakan lambang pada mesir kuno yang juga melambangkan Dewa Anubis.Lambang ini salah satu simbol identiti bagi Freemason.


Adakah ini semua kebetulan atau sesuatu yang telah ditetapkan???

Wednesday, 20 June 2012

tayar

Adakah anda tahu apa maksud tulisan pada tayar korang ?

Maklumat penting pada dinding tayar yang perlu diketahui


Indeks Kelajuan
Q – 100 mph 160kph R – 106 mph 170kph
S – 112 mph 180kph
T – 118 mph 190kph U – 124 mph 200kph
H – 130 mph 210kph
V – 149 mph 240kph
W – 168 mph 270kph
Z – more than 168 mph 270kph

Petua keselamatan & penjagaan tayar ?
1- Pastikan tayar yang dibeli mempunyai logo ECE atau DOT atau MS
2- Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali..periksa tayar setiap kali sebelum memulakan perjalanan
3- Lakukan aligment dan balencing tayar setiap 10,000km perjalanan,jika tidak bermasalah sekali pun..
4- lakukan aligment dan balencing segera jika bermasalah iatu jika stereng berasa gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah ajer
5- Hindari daripada beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda aras amaran botak (TWI)
6- Elak beli tayar toreh / korek
7- Jangan mengangkut lebih muatan dari kemampuan tayar..


Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?
Sentiasa pastikan angin tayar betul. ” Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik,presure tester menunjukkan sampai aras “3″ tekanan angin tayar dikira mencukupi.Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..

myvi aku : 195/50 R 15 82 V

Tuesday, 19 June 2012

Pasembor Kodiang

dari kecik lagi aku dgr cerita ttg kesedapan pasembor kat kodiang ni..mmg famous la pasembor dia.. kedai dia dekat dgn balai polis Kodiang. so dari kecik lagi bapak aku slalu bawak kami sekeluarga makan kt sana..suka betul diorang makan pasembor ni..tp aku tak taw la tang mana yang sedap..huhuhu.. harga dalam rm3.00 

Pasembor Kodiang

kambing

tetiba terasa nak bercerita pasal kambing.. sbb rindu kambing kat kampung.. kambing ni manjee sgt.. kalau pergi kat dia je..dia msti nak dtg dekat2 kite.. tp xla se"annoying" kucing..kambing ni dari kecik lagi dah bela..pastu bulu dia gebuu je..seronok pelok...

hi.. my name is Seri

Monday, 18 June 2012

Melancong : Terengganu

dulu masa aku practikal kt Hospital Sultanah Bahiyah kat Alor Star, Kedah.. diorang ada la wat lawatan ke kilang farmasi Ain Medicare kat Kelantan.. ..Ain Medicare tu kilang yang membuat drip normal saline, sodium chloride.. ala untuk patient yang terbaring kat katil hospital selalu pakai tu untuk bagi tenaga, ala yang gantung2 tu.. aku pon xtaw nak explain yang penting lepas habis lawatan, aku nak g jalan2 jek..



Masjid Kristal


Muzium Terengganu

dan banyak lagi tempat la kitorang g macam Pasar Payang, Pantai Cahaya Bulan n masa balik tu diorang singgah beli kopok losong.. sedappp..

Ayam Penyet KLCC

lepas aku balik dari hiking gunung stong kat kelantan.. ptg tu sampai umah terus siap nak g KLCC.. saje je nak jalan.. time nak makan tu, ada la member2 yang mmg asal KL ckp ayam penyet situ sedap.. harga dia dlm rm5.50 rasanye..boleh tahan la memandangkan time tu hujung bulan..hukhukhuk.. tp Ayam Penyet ni serius sedap..

NASI AYAM PENYET